Wednesday, October 15, 2008

Aturcara/Program KSIT Hari Raya Open House

Please click at the image for larger view.

Tuesday, October 14, 2008

KSIT : Jemputan "Hari Raya Open House" - Pertandingan Karaoke

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini jumlah kehadiran warga Teliti serta keluarga ke Majlis Jamuan Raya KSIT pada hujung minggu ini amat menggalakkan. Justeru itu, pihak KSIT akan memastikan setiap program dan acara yang akan dikendalikan serta dilaksanakan nanti dapat menceriakan warga Teliti serta keluarga keseluruhannya.

Salah satu daripada aturcara ialah Pertandingan Karaoke yang terbuka kepada semua warga Teliti dan keluarga masing-masing. Oleh itu, sila daftarkan nama anda atau keluarga yang ingin menyertai pertandingan karoake berserta CD lagu pilihan masing-masing kepada pihak sekretariat secepat mungkin. Tarikh tutup penyertaan pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008. Hadiah lumayan turut disediakan untuk pemenang. Tidak lupa juga pihak KSIT mengkhususkan satu acara khas untuk kanak-kanak yang pastinya akan menggembirakan hati mereka.

Besar harapan kami agar semua warga Teliti dan keluarga tidak kira dekat mahupun jauh dapat bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Sekian terima kasih, wassalam.

PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008

Monday, October 13, 2008

GENTLE REMINDER - KSIT : Jemputan "Hari Raya Open House"

Salam untuk semua warga Teliti.

Berhubung dengan perkara di atas, pihak KSIT berandaian bahawa semua warga Teliti telah pun sedia maklum mengenai Jemputan "Hari Raya Open House" pada hari Ahad, 19 Oktober 08 jam 12 tgh - 4 petang. Kepada mereka-mereka yang telah pun menghantar pengesahan kehadiran, jutaan terima kasih. Kepada ahli warga Teliti yang masih belum lagi menghantar penyertaan, silalah berbuat demikian kerana TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA HARI ISNIN 13 OKTOBER JAM 5 PETANG IAITU PADA HARI INI!.

Sekian terima kasih.

PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008

Thursday, October 9, 2008

KSIT : Jemputan "Hari Raya Open House"

Salam Lebaran & Maaf Zahir Batin kepada semua warga Teliti,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KSIT serta Tuan Haji Mohamed Nasir dan isteri berbesar hati menjemput semua warga Teliti dan keluarga ke Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang ditetapkan seperti berikut:-

Tarikh : Ahad, 19 Oktober 2008 bersamaan 19 Syawal 1429

Masa : 12.00 tgh - 4.00 petang

Tempat : Hotel Holiday Villa, Subang

Kod Pakaian : BAJU MELAYU (songkok & sampin) & BAJU KURUNG/KEBAYA TRADISIONAL

Pelbagai aturcara menarik disediakan termasuk aturcara untuk kanak-kanak. Untuk menambahkan lagi keceriaan majlis, kami juga menganjurkan pertandingan "Best Dress Male & Female" di mana ganjaran lumayan turut diberikan. Oleh itu, kami mengalu-alukan kehadiran semua warga Teliti bersama-sama keluarga bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Tidak dilupakan juga, pihak KSIT menjemput seramai 30 orang anak-anak yatim untuk besama-sama meraikan majlis tersebut. Di kesempatan ini juga, pihak KSIT mengalu-alukan jika sekiranya warga Teliti dan keluarga ingin menghulurkan sumbangan peribadi mereka kepada anak-anak yatim boleh menyumbang terus kepada mereka.

Oleh yang demikian, pihak KSIT menyeru agar semua warga Teliti mengesahkan kehadiran anda serta keluarga seperti berikut:-

Nama Staff / Nama Spouse / Bil Anak & Umur

PENGESAHAN KEHADIRAN ADALAH PADA HARI ISNIN 13 OKTOBER 2008.

Besar harapan kami agar semua warga Teliti dan keluarga dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Sekian terima kasih, wassalam.

PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008

Wednesday, September 3, 2008

POSTPONEMENT : Proposed Family Day 24-26 Oct 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam untuk semua warga Teliti,

Dukacita dimaklumkan bahawa perancangan Hari Keluarga KSIT yang sepatutnya direncanakan pada 24-26 Oktober 2008 DITANGGUHKAN KE SUATU TARIKH yang akan ditetapkan kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami berterima kasih kepada semua warga Teliti di atas maklum balas serta kerjasama yang diberikan selama ini. Pihak KSIT akan memaklumkan perkembangan terbaru mengenai aktiviti-aktiviti KSIT di dalam waktu terdekat.

Di kesempatan ini juga pihak KSIT mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

"Sesungguhnya semua kebaikan itu datangnya daripada Allah dan keburukan itu daripada kami jua".

PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008

Wednesday, August 13, 2008

TELITI CUP - Badminton KERTEH

Event:
TELITI - KERTEH : Badminton Cup

When:
Saturday, 16th August 2008.

Supported by:
KSIT / Basenet and Tanjung Networks Resources,

All of you are invited to join this tournament.

Voucher for sports equipment worth RM 300.00 to be won for the winner for each category.

Don't let this opportunity gone.. Come and join us !!

- Click at the image for clearer view -

Wednesday, July 23, 2008

Family Day Proposal

Salam untuk semua warga Teliti.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah seketika rasanya KSIT tidak menganjurkan Hari Keluarga dan yang terakhir adalah di A Famosa Resort pada Mac 2007. Tujuan utama mengadakan Hari Keluarga antaranya menghilangkan "stress kerja" dan dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama-sama keluarga di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama warga Teliti khususnya.

Ke mana destinasi Hari Keluarga KSIT kali ini? InsyaAllah, di sebuah pulau pelancongan yang terkenal dengan lagenda Mahsuri. Pihak KSIT bercadang untuk menganjurkan Hari Keluarga tersebut pada 24 - 26 Oktober 2008 (3H2M). Bagi menjayakan program ini memerlukan sejumlah peruntukan besar yang meliputi kos penginapan, F&B, pengangkutan (bas/feri), temasya sukan, dan lain-lain.

Dengan itu, pihak KSIT menetapkan beberapa syarat kelayakan yang dikira adil untuk semua warga Teliti yang ingin menyertai Hari Keluarga tersebut:-

1. Warga Teliti yang berkhidmat kurang daripada 6 bulan pada 1hb Oktober 2008 akan menanggung sendiri keseluruhan kos termasuk keluarga.

2. Warga Teliti yang berkhidmat lebih daripada 6 bulan tetapi kurang daripada 1 tahun pada 1hb Oktober 2008 akan menanggung separuh kos dan separuh lagi dibiayai oleh Teliti TETAPI tidak termasuk keluarga.

3. Potongan gaji boleh dibuat bagi mereka yang memohon.

4. Bagi mereka yang telah mengesahkan penyertaan beserta keluarga, sebarang NOTIS PEMBATALAN hendaklah dibuat SEBULAN sebelum tarikh 24 Oktober 2008 bagi mengelakkan kesulitan yang akan timbul. Sekiranya ada di antara warga Teliti yang menarik diri pada pada saat-saat akhir, akan bertanggungjawab menanggung bebanan kos tersebut.

Oleh yang demikian, pihak KSIT menyeru agar semua warga Teliti merancang jadual/tarikh perjalanan serta berbincang dengan ahli keluarga masing-masing agar dapat mencapai kata sepakat. Sila sertakan butiran penyertaan anda serta keluarga seperti berikut:-

| Nama Staff | Nama Spouse | Bil Anak | Umur |

Untuk makluman, TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA HARI SELASA 5 OGOS 2008.

Pihak KSIT mengalu-alukan sebarang cadangan atau idea daripada semua warga Teliti demi memastikan kejayaan program tersebut.

"Sesungguhnya semua kebaikan itu datangnya daripada Allah dan keburukan itu daripada kami jua".

PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008

Friday, June 6, 2008

Jualan "Titbits/Jajan" untuk Tabung KSIT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam untuk semua warga Teliti.

Biro Kebajikan KSIT akan memulakan jualan titbits, jajan, snacks, kacang, air kotak etc etc mulai esok, Khamis 5 Jun 2008 bertempat di Pantry HQ. Kepada semua warga Teliti, sudi-sudikanlah untuk membeli sambil menyumbang untuk menambah Tabung KSIT.

Jualan ini sebagai langkah pertama Biro Kebajikan KSIT untuk mengisi Tabung KSIT dan akan diikuti dengan pelbagai incentive serta aktiviti lain bagi tujuan menambah tabung KSIT. Idea serta sokongan daripada warga Teliti sekalian amatlah dialu-alukan bagi mencapai matlamat tersebut.

Sekian terima kasih.

Pesanan Penaja: Jangan Lupa Bayar Le Pulok.......


SETIAUSAHA
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008 - 2009

Wednesday, June 4, 2008

Badminton Tournament

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam untuk semua warga Teliti.

Atas permintaan ahli-ahli termasuk contract staff, KSIT bercadang untuk mengadakan "Badminton Tournament" pada hari Sabtu, 2 Ogos 2008 bertempat di Kuala Lumpur. Dewan belum dipastikan lagi tempatnya. Untuk makluman semua, Badminton Tournament terakhir yang telah dianjurkan oleh KSIT adalah pada tahun 2003.

Oleh yang demikian, jika tuan/puan berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila berikan nama tuan/puan dan nyatakan jenis perlawanan yang tuan/puan ingin sertai seperti berikut. Bagi mereka yang ingin menyertai Beregu Lelaki, Beregu Wanita & Beregu Campuran, sila berikan nama pasangan tuan/puan sekali.:-

1. Lelaki Perseorangan
2. Lelaki Beregu

3. Wanita Perseorangan

4. Wanita Beregu

5. Beregu Campuran (Mixed Double)


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Jun 2008. Tiada bayaran dikenakan bagi menyertai pertandingan ini.

Sekian terima kasih

MAJULAH SUKAN UNTUK KSIT

SETIAUSAHA KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008 - 2009

Wednesday, May 21, 2008

Keputusan: KSIT - Bowling Tournament, 16 Mei 2008

Salam untuk semua warga Teliti,

Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan tidak lupa juga kepada semua peserta yang telah menyertai perlawanan bowling tempohari. Di kesempatan ini juga pihak AJK KSIT ingin merakamkan penghargaan kepada pengurusan Teliti terutamanya Tuan Hj Mohamed Nasir dan juga Puan Rohayati kerana telah memberi pelepasan kerja kepada para peserta.

Berikut adalah pemenang bagi kategori Berkumpulan atau Group

Johan - Group 9 : Score 1524
Pemain : Ahmad Nizam, Fared Nazri, Roslina, Maznah

Naib Johan - Group 10 : Score 1495
Pemain : Yusnida, Aminah Ahmad, Muhamad Nazim, Muhamad Nizam

Ketiga - Group 5 : Score 1420
Pemain : Nazrafiq, Mohd Azizi, Mohamad Faiz, Mohamad Khairi

"Top Ten Male Player"

1. Muhamad Shahril Hussin : score 459 (Best Male Player)
2. Ahmad Nizam : score 425
3. Syibli Anas : score 415
4. Fared Nazrin : score 414
5. Muhamad Nizam : score 413
6. Mohd Hairul : score 410
7. Zakaria Mamat : score 400
8. Hamidy Abd Manap : score 395
8. Mohd Azizi Abdullah : score 395
10. Mohamad Faiz Ismail : score 386

"Top Ten Female Player"

1. Nor Akmar Othman : score 384 (Best Female Player)
2. Aminah Ahmad : score 371
3. Roslina Abdul Ghani : score 369
4. Irwani Noorbaiti : score 354
5. Hafidza Abdullah : score 345
6. Yusnida Mohd Yusoff : score 340
7. Marini Kamarulzaman : score 337
8. Maznah Ismail : score 316
9. Noryusnaini Yunus : score 315
10. Rozyla Mohamed : score 304

Pihak KSIT merakamkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta di atas kejayaan, kerjasama dan juga sokongan yang diberikan di dalam menjayakan aktiviti sukan tempohari. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang kekhilafan ketika menganjurkan perlawanan tempohari. Sesungguhnya segala kebaikan datangnya daripada Allah dan keburukan itu daripada kami jua.

Sekian terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK KSIT

PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008 - 2009

Thursday, May 15, 2008

Listing for Bowling Tournament, 16 Mei 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam untuk semua warga Teliti,

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta bowling menjelang tiba. Adakah anda semua telah bersiap sedia dari segi latihan untuk merebut hadiah wang tunai yang disediakan? Untuk meredakan "keterujaan" semua, bersama-sama ini saya senaraikan nama kumpulan yang telah dibuat undian secara rawak. Untuk peringatan semua, sebarang perubahan/pertukaran ahli dalam setiap kumpulan tidak akan dilayan kerana pendaftaran peserta telah pun ditutup. Jika sekiranya ada peserta yang ingin menarik diri sekarang, sila berhubung dengan pihak sekretariat secepat mungkin untuk memudahkan urusan.

Group 1
Noor Aziella bt Fazil
Ahmad Nizam bin Ahmad Ridzuan
Khairul Azreen bin Mohd Yatim
Mohd Ridzuan bin Mohd Roseli
Group 2
Nik Nor Attiah Najwa bt Nik Mohd
Noryusnaini bt Yunus
Hamidy bin Abd Manap
Azran Syahrizan bin Abu
Group 3
Nasaruddin bin Husin
Muhammad Johari bin Jamaludin
Hafidza bt Abdullah
Mohd Farisan bin Ahmad Khairi
Group 4
Rohana Ismail @ Pawan Teh
Fitriani bt Bakhtiar
Ahmad Iskandar bin Mazlan
Norzamrizal bin Mat Sarip
Group 5
Nazrafiq bin Nazri
Mohd Azizi bin Abdullah
Mohamad Faiz bin Ismail
Nurul Aini bt Hashim
Group 6
Norihan bt Ramli
Salafiyah bt Anwari
Saifful Nassrul Mohamed Nasir
Rasmawi Yusin
Group 7
Zahidah bt Abdullah
Haniza bt Rusly
Mohd Hairul Mohd Yunus
Mohd Raya Dan Faisal bin Mat Suki
Group 8
Syibli bin Anas
Syakir bin Zainol
Hasrizam bin Asmuri
Salmiah bt Mohd Jani
Group 9
Fariq bin Salman
Fared Nazrin bin Kamarudin
Roslina bt Abdul Ghani
Maznah bt Ismail
Group 10
Yusnida bt Hj Mohd Yusoff
Aminah bt Ahmad
Muhamad Nazim bin Mohd Zin
Muhamad Nizam Sulaiman
Group 11
Aminah bt Yaacob
Razali bin Mohd Yassin
Mohd Haizam bin Amit
Muhamad Shahril bin Hussin
Group 12
Rozyla bt Mohamed
Nor Akmar bt Othman
Ahmad Rohaizad bin Abu Bakar
Zuraimi bin Idris
Group 13
Izura bt Usman
Irwani Noorbaiti bt Abd Samad
Mohd Taufek bin Daud
Muhammad Firdaus bin Othman
Group 14
Rohana bt Zainudin
Marini bt Kamarulzaman
Zakaria bin Mamat
Mohamad Khairi bin Ismail

Pihak pengurusan telahpun memberi pelepasan waktu kerja iaitu pada pukul 4.30 petang pada hari esok. Oleh yang demikian, pihak sekretariat berharap semua peserta MESTI berada di Pin Junction Bowling Center untuk pendaftran sebelum pukul 5.15 petang kerana pertandingan akan bermula TEPAT jam 5.30 petang. Jika sekiranya ada di antara ahli kumpulan yang lewat tiba setelah pertandingan bermula, ahli tersebut tidak dibenarkan bermain pada game pertama dan secara otomatik kiraan 'Blind Score 70 mata" akan diberi. Ahli cuma boleh bermain pada game kedua dan ketiga. So, try not to be late.

Location map ke Pin Junction Bowling Center, 301, 3rd Floor, Cineleisure Damansara, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara (the first building next to The Curve). Untuk makluman semua, parking rate only RM1 per entry n ample parking space.



PERINGATAN: Sila bawa bersama STOKIN masing-masing.

See u tomorrow & Happy Bowling!!!

MAJULAH SUKAN UNTUK KSIT

SETIAUSAHA
KELAB
SOSIAL INSAN TELITI 2008 - 2009

Wednesday, May 14, 2008

Sehari Bersama Anak-anak Yatim Sekendi @ Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam

Tarikh: Sabtu, 19 April 2008
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam

Aturcara:
9.00 am - Ketibaan warga Teliti dan Sekendi & sarapan pagi
10.00am - Telematch @ Padang Berpasir & renang di kolam
12.00pm - Ketibaan VIP & HOD dan Acara Penyampaian Hadiah
12.30pm - Makan Tengahari & SOlat Zohor
2.00 pm - Lawatan ke Taman 4 musim
3.00 pm - Minum petang
4.00 pm - Acara tamat & bersurai

Reports:
-- to be filled later

Photos:
-- to be filled later

Futsal Tournament 18 April 2008

Date: Friday,18 April 2008
Time: 5pm - 7pm
Venue: Sports Planet, Sunway

PIC: En Saifful Nassrul and En Nazmi

Reports:

- - to be filled in later

Tuesday, May 13, 2008

KSIT Committee 2008/2009

President:

  • Encik Mohd Taufek Daud

Vice President:
  • Encik Saifful Nassrul

Secretary:
  • Puan Hafidza Abdullah

Vice Secretary:
  • Cik Nurhaslinda Mail

Treasurer:
  • Encik Norzamrizal Mat Sarip

Committee Member:
  • Encik Jazmi Jamludin
  • Pn Rohana Zainuddin
  • En Mohd Haizam
  • Puan Norihan Jasa
  • Pn Irwani Noorbaiti

Tuesday, April 29, 2008

Activities

There are quite a number of activities that has already being conducted, and we could state them according to their types. Some of many other activities involved are:

- Islamic activities
  • Majlis Silaturrahim
  • Kelas Tasawwuf
  • Kelas al-Quran and Tajwid
  • Ibadah Qurban and Aqiqah during Hari Raya Haji
- Family and gathering
  • Hari Keluarga Teliti 2003 at Bukit Merah Laketown Resort, a three days and two nights’ event.
  • Taman Negara Expedition
- Sports
  • KSIT Bowling Tournament 2003 at Ampang Point Bowling Centre
  • KSIT Badminton Tournament 2003
  • Teliti Futsal UEFA Cup
  • Teliti Computers Golf Event 2003 at Nilai Springs Golf and Country Club
- Charity
  • Program Bersama Anak-anak Yatim Sekendi
  • Etc
- Magazine publishing
  • KSIT has also published its own magazine called WADAH KSIT. The first was published on 2003 recording all activities and creativities expressed from all members.


Monday, April 21, 2008

Who is KSIT ?

Despite taking a role in business, as a company with numbers of dedicated team of workers, Teliti has more than just business to build. This is where the effort of management comes towards providing a platform for all staffs to obtain exposure on various activities and environment, parallel with their recent daily job.

Kelab Sosial Insan Teliti (KSIT) is one of the initiatives; a free platform for all staffs to express thoughts, extends knowledge, share views plus attending off-duty activities together with fun, casual and relaxing. These have given them a chance to release stress, might it be from work or others.

A special committee is being formed every year to take the responsibility to move KSIT and all of its planning ahead. These committee members are special people who able to handle their main job, while addressing themselves on contributions towards the benefits of others. But, KSIT’s role is secondary, which means survival of the company still stand as the primary role for everyone.