Salam untuk semua warga Teliti.
Ke mana destinasi Hari Keluarga KSIT kali ini? InsyaAllah, di sebuah pulau pelancongan yang terkenal dengan lagenda Mahsuri. Pihak KSIT bercadang untuk menganjurkan Hari Keluarga tersebut pada 24 - 26 Oktober 2008 (3H2M). Bagi menjayakan program ini memerlukan sejumlah peruntukan besar yang meliputi kos penginapan, F&B, pengangkutan (bas/feri), temasya sukan, dan lain-lain.
Dengan itu, pihak KSIT menetapkan beberapa syarat kelayakan yang dikira adil untuk semua warga Teliti yang ingin menyertai Hari Keluarga tersebut:-
1. Warga Teliti yang berkhidmat kurang daripada 6 bulan pada 1hb Oktober 2008 akan menanggung sendiri keseluruhan kos termasuk keluarga.
2. Warga Teliti yang berkhidmat lebih daripada 6 bulan tetapi kurang daripada 1 tahun pada 1hb Oktober 2008 akan menanggung separuh kos dan separuh lagi dibiayai oleh Teliti TETAPI tidak termasuk keluarga.
3. Potongan gaji boleh dibuat bagi mereka yang memohon.
4. Bagi mereka yang telah mengesahkan penyertaan beserta keluarga, sebarang NOTIS PEMBATALAN hendaklah dibuat SEBULAN sebelum tarikh 24 Oktober 2008 bagi mengelakkan kesulitan yang akan timbul. Sekiranya ada di antara warga Teliti yang menarik diri pada pada saat-saat akhir, akan bertanggungjawab menanggung bebanan kos tersebut.
Oleh yang demikian, pihak KSIT menyeru agar semua warga Teliti merancang jadual/tarikh perjalanan serta berbincang dengan ahli keluarga masing-masing agar dapat mencapai kata sepakat. Sila sertakan butiran penyertaan anda serta keluarga seperti berikut:-
| Nama Staff | Nama Spouse | Bil Anak | Umur |
Untuk makluman, TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA HARI SELASA 5 OGOS 2008.
Pihak KSIT mengalu-alukan sebarang cadangan atau idea daripada semua warga Teliti demi memastikan kejayaan program tersebut.
"Sesungguhnya semua kebaikan itu datangnya daripada Allah dan keburukan itu daripada kami jua".
PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sudah seketika rasanya KSIT tidak menganjurkan Hari Keluarga dan yang terakhir adalah di A Famosa Resort pada Mac 2007. Tujuan utama mengadakan Hari Keluarga antaranya menghilangkan "stress kerja" dan dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama-sama keluarga di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama warga Teliti khususnya.Ke mana destinasi Hari Keluarga KSIT kali ini? InsyaAllah, di sebuah pulau pelancongan yang terkenal dengan lagenda Mahsuri. Pihak KSIT bercadang untuk menganjurkan Hari Keluarga tersebut pada 24 - 26 Oktober 2008 (3H2M). Bagi menjayakan program ini memerlukan sejumlah peruntukan besar yang meliputi kos penginapan, F&B, pengangkutan (bas/feri), temasya sukan, dan lain-lain.