Wednesday, October 15, 2008
Tuesday, October 14, 2008
KSIT : Jemputan "Hari Raya Open House" - Pertandingan Karaoke
Alhamdulillah, sehingga ke hari ini jumlah kehadiran warga Teliti serta keluarga ke Majlis Jamuan Raya KSIT pada hujung minggu ini amat menggalakkan. Justeru itu, pihak KSIT akan memastikan setiap program dan acara yang akan dikendalikan serta dilaksanakan nanti dapat menceriakan warga Teliti serta keluarga keseluruhannya.
Salah satu daripada aturcara ialah Pertandingan Karaoke yang terbuka kepada semua warga Teliti dan keluarga masing-masing. Oleh itu, sila daftarkan nama anda atau keluarga yang ingin menyertai pertandingan karoake berserta CD lagu pilihan masing-masing kepada pihak sekretariat secepat mungkin. Tarikh tutup penyertaan pada hari Jumaat, 17 Oktober 2008. Hadiah lumayan turut disediakan untuk pemenang. Tidak lupa juga pihak KSIT mengkhususkan satu acara khas untuk kanak-kanak yang pastinya akan menggembirakan hati mereka.
Besar harapan kami agar semua warga Teliti dan keluarga tidak kira dekat mahupun jauh dapat bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Sekian terima kasih, wassalam.
PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008
Posted by KSIT at 1:25 PM 0 comments
Labels: Karaoke
Monday, October 13, 2008
GENTLE REMINDER - KSIT : Jemputan "Hari Raya Open House"
Salam untuk semua warga Teliti.
Berhubung dengan perkara di atas, pihak KSIT berandaian bahawa semua warga Teliti telah pun sedia maklum mengenai Jemputan "Hari Raya Open House" pada hari Ahad, 19 Oktober 08 jam 12 tgh - 4 petang. Kepada mereka-mereka yang telah pun menghantar pengesahan kehadiran, jutaan terima kasih. Kepada ahli warga Teliti yang masih belum lagi menghantar penyertaan, silalah berbuat demikian kerana TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA HARI ISNIN 13 OKTOBER JAM 5 PETANG IAITU PADA HARI INI!.
Sekian terima kasih.
PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008
Posted by KSIT at 8:47 AM 0 comments
Labels: Announcement
Thursday, October 9, 2008
KSIT : Jemputan "Hari Raya Open House"
Salam Lebaran & Maaf Zahir Batin kepada semua warga Teliti,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KSIT serta Tuan Haji Mohamed Nasir dan isteri berbesar hati menjemput semua warga Teliti dan keluarga ke Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang ditetapkan seperti berikut:-
Tarikh : Ahad, 19 Oktober 2008 bersamaan 19 Syawal 1429
Masa : 12.00 tgh - 4.00 petang
Tempat : Hotel Holiday Villa, Subang
Kod Pakaian : BAJU MELAYU (songkok & sampin) & BAJU KURUNG/KEBAYA TRADISIONAL
Pelbagai aturcara menarik disediakan termasuk aturcara untuk kanak-kanak. Untuk menambahkan lagi keceriaan majlis, kami juga menganjurkan pertandingan "Best Dress Male & Female" di mana ganjaran lumayan turut diberikan. Oleh itu, kami mengalu-alukan kehadiran semua warga Teliti bersama-sama keluarga bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Tidak dilupakan juga, pihak KSIT menjemput seramai 30 orang anak-anak yatim untuk besama-sama meraikan majlis tersebut. Di kesempatan ini juga, pihak KSIT mengalu-alukan jika sekiranya warga Teliti dan keluarga ingin menghulurkan sumbangan peribadi mereka kepada anak-anak yatim boleh menyumbang terus kepada mereka.
Oleh yang demikian, pihak KSIT menyeru agar semua warga Teliti mengesahkan kehadiran anda serta keluarga seperti berikut:-
Nama Staff / Nama Spouse / Bil Anak & Umur
PENGESAHAN KEHADIRAN ADALAH PADA HARI ISNIN 13 OKTOBER 2008.
Besar harapan kami agar semua warga Teliti dan keluarga dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Sekian terima kasih, wassalam.
PRESIDEN & AJK
KELAB SOSIAL INSAN TELITI 2008
Posted by KSIT at 3:10 PM 0 comments
Labels: Hari Raya
